Pusat Peralatan • Latihan • Rawatan

Set Guasha

RM59.00

SET GUASHA

Diperbuat dari campuran sebatian polimer dan tanduk kerbau yang bersifat non konduktor listrik dan panas, efektif menghilangkan panas dan racun dari badan dan tidak menimbulkan gesekan atau panas pada kulit.

Untuk terapi Guasa jangan gunakan minyak kimia/lotion yang mengandung mentol dan seumpamanya yang menimbulkan rasa hangat/panas, kerana khasiat dari Guasa tidak akan kelihatan dan ia akan merosakkan papan Guasa.

Jenis minyak yang boleh digunakan untuk terapi guasha seperti minyak gamat, minyak zaitun dan minyak kelapa dara.

 

Ciri-ciri:

  1. Terdapat 5 jenis papan guasha dalam set ini
  2. Papan guasha berwarna hitam gelap
  3. Dua papan guasha berbentuk ikan, 1 segitiga, 1 petak dan 1 berbentuk sikat
  4. Saiz kotak: 21.5 x 2.8 x 11 cm
  5. Berat kotak: 220 gram
  6. Kotak eksklusif berwarna merah

 

Kelebihan: 

  1. Meningkatkan metabolisme dalam badan 
  2. Melancarkan peredaran darah 
  3. Mengaktifkan sel-sel sehingga meningkatkan penyerapan oksigen dan dapat melancarkan peredaran darah. 
  4. Meningkatkan sistem kekebalan (imuniti) 
  5. Mengekalkan awet muda dan kecantikan melalui penundaan proses penuaan.

 

Cara guna:

  1. Pastikan papan guasa yang akan digunakan dalam keadaan bersih sebelum melakukan terapi.
  2. Cara memegang papan guasa, pegang papan guasa membentuk sudut 45 darjah dari permukaan kulit 
  3. Sapu minyak dan ratakan pada bahagian tulang belakang dan beberapa bahagian tubuh lain.
  4. Gunakan papan guasa dan gosok secara perlahan-lahan pada kulit hingga kelihatan merah.
  5. Selepas terapi guasa, rasa sakit yang dialami hingga 2 – 3 hari.
  6. Selepas 5 – 7 hari terapi guasa boleh dilakukan lagi.
  7. Gosokan dengan guasa tidak akan menimbulkan kesan samping walaupun dilakukan dibahagian tubuh yang salah.
  8. Banyakkan minum air selepas terapi guasa untuk mengaktifkan pembuangan racun dari tubuh.
  9. Jangan lakukan terapi guasa ditempat terbuka atau berdekatan kipas angin/air-cond.

 

3 cara menggosok Guasha :

  1. Perlahan dengan kekuatan sewajarnya.
  2. Perlahan dan kuat.
  3. Cepat dan kuat. 

 

3 jenis warna setelah diterapi Guasha :

  1. Merah muda (biasa)
  2. Merah tua (masuk angin) 
  3. Hitam-biru (toksin yang sudah lama didalam tubuh) 

 

Kesan Terapi Guasha:

  1. Setelah digosok pada titik-titik tertentu berulang kali, bintik-bintik merah akan timbul.
  2. Apabila bintik merah sudah timbul, pindah ke bahagian lain.
  3. Gunakan bahagian guasha yang tebal apabila menggosok pada kawasan yang sakit.
  4. Pesakit perlu banyakkan minum air suam untuk melancarkan sistem peredaran darah, metabolisme serta membantu mengeluarkan toksin melalui air kencing.
  5. Jangan gosok pada bahagian luka jika pesakit merasa pening ketika terapi guasha dilakukan.
  6. Hentikan proses tersebut dan berikan pesakit minum air suam.
  7. Jangan terus mandi sejurus saja proses guasha dilakukan. Sebaiknya sejam kemudian barulah mandi. 

 

Jenis Penyakit Yang Dapat Dicegah:

  1. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem peredaran darah seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, sakit jantung, stroke, lumpuh separuh badan, kadar kolesterol tinggi.
  2. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pembuangan seperti buasir, sembelit, radang saluran kencing, sakit pinggang
  3. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pembiakan seperti haid tidak lancar dan tidak teratur

 

 

Weight 0.22 kg
Dimensions 21.5 × 2.8 × 11 cm
Produk telah dimasukkan ke troli. Anda boleh terus membeli atau terus ke pembayaran.
Lihat Troli Bayar Sekarang
Troli 0