Pusat Peralatan • Latihan • Rawatan

Guasha Tanduk

RM22.00

GUASHA TANDUK

Diperbuat dari tanduk yak yang bersifat non konduktor listrik dan panas, efektif menghilangkan panas dan racun dari badan dan tidak menimbulkan gesekan atau panas pada kulit.Untuk terapi Guasa jangan gunakan minyak kimia/lotion yang mengandung mentol dan seumpamanya yang menimbulkan rasa hangat/panas, kerana khasiat dari Guasa tidak akan kelihatan dan ia akan merosakkan papan guasha

Saiz ukuran : 18cm x 6.5cm x 6.5cm . Berat : 0.06kg

 

Kelebihan terapi guasha:

  1. Meningkatkan metabolisme dalam badan
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Mengaktifkan sel-sel sehingga meningkatkan penyerapan oksigen  dan dapat melancarkan peredaran darah.
  4. Meningkatkan sistem kekebalan (imuniti)
  5. Mengekalkan awet muda dan kecantikan melalui penundaan proses penuaan.

 

Jenis minyak yang boleh digunakan untuk terapi Gu0.06asha :

  1. Minyak Gamat
  2. Minyak Zaitun
  3. Minyak kelapa dara

 

Cara memegang papan guasha

  1. Pegang papan guasha membentuk sudut 45 darjah dari permukaan kulit.
  2. Sapu minyak dan ratakan pada bahagian tulang belakang dan beberapa bahagian tubuh lain.
  3. Gunakan papan guasa dan gosok secara perlahan-lahan pada kulit hingga kelihatan merah.
  4. Selepas terapi guasa,  rasa sakit yang dialami hingga 2 – 3 hari.
  5. Selepas 5 – 7 hari terapi guasa boleh dilakukan lagi.
  6. Gosokan dengan guasa tidak akan menimbulkan kesan samping walaupun dilakukan dibahagian tubuh yang salah.
  7. Banyakkan minum air selepas terapi guasa untuk mengaktifkan pembuangan racun dari tubuh.
  8. Jangan lakukan terapi guasa ditempat terbuka atau berdekatan kipas angin/air-cond.

 

Terdapat 3 cara menggosok Guasa :

  1.  Perlahan dengan kekuatan sewajarnya.
  2.  Perlahan dan kuat.
  3.  Cepat dan kuat.

 

Ada 3 jenis warna setelah diterapi Guasa :

  1.  Merah muda (biasa)
  2.  Merah tua (masuk angin)
  3.  Hitam-biru (toksin yang sudah lama didalam tubuh)

 

Setelah digosok pada titik-titik tertentu berulang kali, bintik-bintik merah akan timbul.

Apabila bintik merah sudah timbul, pindah ke bahagian lain.

  1. Gunakan bahagian Guasa yang tebal apabila menggosok pada kawasan yang sakit.
  2. Pesakit perlu banyakkan minum air suam untuk melancarkan sistem peredaran darah, metabolisme serta membantu mengeluarkan toksin melalui air kencing.
  3. Jangan gosok pada bahagian luka
  4. Jika pesakit merasa pening ketika terapi Guasa dilakukan, hentikan proses tersebut dan berikan pesakit minum air suam.
  5. Jangan terus mandi sejurus saja proses Guasa dilakukan. Sebaiknya sejam kemudian barulah mandi.

 

Weight 0.2 kg
Dimensions 18 × 6.5 × 6.5 cm
Produk telah dimasukkan ke troli. Anda boleh terus membeli atau terus ke pembayaran.
Lihat Troli Bayar Sekarang
Troli 3