Pusat Peralatan • Latihan • Rawatan

Tentang Kami

Raja Bekam telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah beroperasi selama hampir 9 tahun dalam industri pembekalan barangan dan produk berasaskan rawatan kesihatan seperti bekam dan sebagainya. Raja Bekam telah bertapak dan berpangkalan di Klang, Selangor.

Raja Bekam menawarkan pelbagai  produk kesihatan alternatif seperti alatan untuk berbekam, alatan untuk rawatan akupuntur, alatan rawatan al-fasdhu, urutan dan pembetulan tulang serta pelbagai lagi produk untuk rawatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Raja Bekam juga merupakan penganjur yang agresif dan sentiasa komited untuk memastikan rakyat Malaysia celik bekam melalui kursus-kursus yang dianjurkan di Pusat Latihan Raja Bekam.

Raja Bekam juga meletakkan cita-cita untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang perawatan alternatif seperti rawatan bekam, rawatan urut & pembetulan tulang belakang, rawatan al-fashdu dan rawatan akupuntur.

Pembekal Peralatan Bekam di Malaysia

Raja Bekam

Raja Bekam optimis untuk menjadi salah satu kuasa besar di Malaysia membekal dan menyediakan pelbagai jenis keperluan dan kelengkapan alat-alat rawatan seperti alatan Bekam,  alatan rawatan Al-Fasdhu dan alatan rawatan Akupuntur Tung.

Selari dengan misi kami di Raja Bekam iaitu untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan sunnah Nabi menerusi amalan berbekam dalam penjagaan kesihatan harian.

Kami menawarkan pelbagai jenis peralatan serta kelengkapan untuk  anda yang semestinya tidak akan anda temui di tempat lain. Semua barangan boleh didapati di kedai Raja Bekam atau juga boleh didapati di semua platform media sosial seperti Shopee, Lazada, Tik Tok, Facebook, Whatsapp, Website dan sebagainya.

Our Vision

MENJADI SYARIKAT YANG DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH.

01.

Apa Yang Raja Bekam Tawarkan Kepada Pelanggan?

Raja Bekam menawarkan pelbagai barangan dan produk yang berasaskan rawatan untuk kesihatan seperti peralatan bekam, peralatan rawatan akupuntur, peralatan urutan dan peralatan rawatan al-fasdhu serta banyak lagi barangan yang boleh pelanggan dapati di Raja Bekam. 

02.

Apa Fasiliti Dan Kemudahan Yang Raja Bekam Sediakan?

Raja Bekam turut aktif menyedia dan menganjurkan kursus-kursus rawatan komplementari dan alternatif seperti Kursus Bekam, Kursus Akupuntur Tung, Kursus Urut & Kiropraktik serta Kursus Al-Fasdhu. Selain kursus secara bersemuka, kami juga turut menyediakan kemudahan kursus secara atas talian untuk kemudahan para peserta.

03.

Adakah Raja Bekam Bersedia Bekerjasama Dengan Mana-Mana Pihak?

Raja Bekam sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti agensi kerajaan dan juga agensi badan bukan kerajaan (NGO). Raja Bekam  juga bertindak sebagai kontraktor pembekalan barangan berasaskan alatan untuk rawatan daripada mana-mana agensi sama ada daripada pihak agensi kerajaan mahupun agensi swasta.

04.

Apakah Matlamat Raja Bekam Yang Seterusnya Di Masa Akan Datang?

Raja Bekam mempunyai perancangan dan matlamat untuk melebarkan sayap dalam industri pembekalan peralatan bekam dan peralatan kesihatan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa dengan menembusi pasaran di luar negara.

Raziff Kamsiran

CEO of Company

Nazri Kasirin

Marketing Department

Dewiah

Finance Department
RAJA BEKAM • SEJAK 2015

Mengenai Raja Bekam

Daripada membekalkan peralatan kepada membina kemahiran, Raja Bekam berkembang sebagai salah satu pusat rujukan untuk keperluan perawatan alternatif di Malaysia.

2015Ditubuhkan
KlangSelangor
MalaysiaPeralatan & Latihan

Raja Bekam ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah berkembang sebagai pembekal peralatan serta produk rawatan kesihatan alternatif di Malaysia. Berpangkalan di Klang, Selangor, kami komited menyediakan produk, latihan dan sokongan kepada pengamal rawatan serta mereka yang ingin menceburi bidang ini.

01

Pembekal Peralatan Rawatan

Raja Bekam menyediakan pelbagai pilihan peralatan dan keperluan rawatan, antaranya:

  • Peralatan bekam
  • Peralatan akupuntur
  • Peralatan Al-Fasdu
  • Peralatan urutan dan pembetulan tulang
  • Kelengkapan pusat rawatan
  • Pelbagai aksesori dan bahan guna habis untuk kegunaan perawat

Kami berusaha memudahkan pelanggan mendapatkan keperluan rawatan daripada satu sumber yang mudah, lengkap dan dipercayai.

Lihat katalog produk →
02

Pendidikan & Latihan

Selain membekalkan peralatan, Raja Bekam turut memberi perhatian kepada pembangunan ilmu dan kemahiran melalui Pusat Latihan Raja Bekam.

Pelbagai kursus dan latihan dianjurkan secara berkala bagi memberi peluang kepada masyarakat mempelajari bidang rawatan alternatif dengan lebih tersusun, termasuk bekam, Al-Fasdu, akupuntur, urutan dan pembetulan tulang serta bidang berkaitan.

Lihat kursus Raja Bekam →
03

Misi Kami

Kami percaya bidang rawatan bukan sekadar memerlukan peralatan yang baik, tetapi juga ilmu, kemahiran dan latihan yang betul.

Atas dasar itu, Raja Bekam membawa misi untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai bekam serta membantu melahirkan lebih ramai pengamal yang berilmu, berkemahiran dan kompeten dalam bidang rawatan alternatif.

Daripada membekalkan peralatan kepada menyediakan latihan, Raja Bekam mahu menjadi sebuah pusat yang membantu pelanggan bermula, belajar, membina kemahiran dan berkembang dalam bidang perawatan.

RAJA BEKAM

Membekalkan Peralatan,
Membina Kemahiran.

Produk telah dimasukkan ke troli. Anda boleh terus membeli atau terus ke pembayaran.
Lihat Troli Bayar Sekarang
Troli 0