Pusat Peralatan • Latihan • Rawatan

Guasha Scople

RM22.00

GUASHA SCOPLE

 

Guasha scople digunakan sebagai alat bantu dalam proses urutan guasha, acupressure dan refleksologi. Hujung guasha yang bulat kecil ditekan pada poin-poin urutan atau poin acupressure. Hujung lagi satu yang berbentuk pisau boleh digunakan dalam proses urutan guasha dengan cara menggaruk pada permukaan kulit.

Diperbuat dari campuran sebatian polimer dan tanduk kerbau yang bersifat non konduktor listrik dan panas, efektif menghilangkan panas dan racun dari badan dan tidak menimbulkan gesekan atau panas pada kulit.

Untuk terapi guasha jangan gunakan minyak kimia/lotion yang mengandung mentol dan seumpamanya yang menimbulkan rasa hangat/panas, kerana khasiat dari guasha tidak akan kelihatan dan ia akan merosakkan papan guasha.

Jenis minyak yang boleh digunakan untuk terapi guasha seperti minyak gamat, minyak zaitun dan minyak kelapa dara.

 

Ciri-ciri:

  1. Diperbuat dari tanduk kerbau
  2. Berwarna cokelat perang
  3. Berbentuk pisau dan bulat pada hujungnya
  4. Saiz: 12cm x 2.8cm x 0.2cm. 
  5. Berat : 0.01 kg

 

Kelebihan: 

  1. Meningkatkan metabolisme dalam badan
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Mengaktifkan sel-sel sehingga meningkatkan penyerapan oksigen dan dapat melancarkan peredaran darah.
  4. Meningkatkan sistem kekebalan (imuniti)
  5. Mengekalkan awet muda dan kecantikan melalui penundaan proses penuaan.

 

Cara guna:

  1. Pastikan guasha yang akan digunakan dalam keadaan bersih sebelum melakukan terapi.
  2. Cara memegang guasha dengan membentuk sudut 45 darjah dari permukaan kulit
  3. Sapu minyak dan ratakan pada bahagian tulang belakang dan beberapa bahagian tubuh lain.
  4. Gunakan  guasha dan gosok secara perlahan-lahan pada kulit hingga kelihatan merah.
  5. Selepas terapi guasha, rasa sakit yang dialami hingga 2 – 3 hari.
  6. Selepas 5 – 7 hari terapi guasha boleh dilakukan lagi.
  7. Gosokan dengan guasha tidak akan menimbulkan kesan samping walaupun dilakukan dibahagian tubuh yang salah.
  8. Banyakkan minum air selepas terapi guasha untuk mengaktifkan pembuangan racun dari tubuh.
  9. Jangan lakukan terapi guasha ditempat terbuka atau berdekatan kipas angin/air-cond.

 

3 cara menggosok Guasha :

  1. Perlahan dengan kekuatan sewajarnya.
  2. Perlahan dan kuat.
  3. Cepat dan kuat.

 

3 jenis warna setelah diterapi guasha :

  1. Merah muda (biasa)
  2. Merah tua (masuk angin)
  3. Hitam-biru (toksin yang sudah lama didalam tubuh)

 

Kesan terapi guasha:

  1. Setelah digosok pada titik-titik tertentu berulang kali, bintik-bintik merah akan timbul.
  2. Apabila bintik merah sudah timbul, pindah ke bahagian lain.
  3. Gunakan bahagian guasha yang tebal apabila menggosok pada kawasan yang sakit.
  4. Pesakit perlu banyakkan minum air suam untuk melancarkan sistem peredaran darah, metabolisme serta membantu mengeluarkan toksin melalui air kencing.
  5. Jangan gosok pada bahagian luka jika pesakit merasa pening ketika terapi guasha dilakukan.
  6. Hentikan proses tersebut dan berikan pesakit minum air suam.
  7. Jangan terus mandi sejurus saja proses guasha dilakukan. Sebaiknya sejam kemudian barulah mandi.
Weight 0.01 kg
Dimensions 12 × 2.8 × 0.2 cm
Produk telah dimasukkan ke troli. Anda boleh terus membeli atau terus ke pembayaran.
Lihat Troli Bayar Sekarang
Troli 0