Pusat Peralatan • Latihan • Rawatan

Mesin Pam Bekam Kepala (2 Jenis)

Price range: RM570.00 through RM590.00

MESIN BEKAM KEPALA (PORTABLE PHLEGM SUCTION)

 

Mesin ini asalnya untuk menyedut kahak. Hari ini mesin ini telah diinovasikan sebagai mesin menyedut darah bekaman. Sesuai untuk bekaman di kawasan yang sukar untuk cup bekam melekap lama dan kuat seperti di atas kepala dan kawasan yang sukar dicapai. Kekuatan sedutannya boleh dilaras mengikut keselesaan pesakit.

Terdapat 2 jenis:

  1. Mesin Bekam Kepala (Standard)
  2. Mesin Bekam Kepala (Upgrade)

 

Ciri-ciri:

  1. Voltan : AC 220V 50Hz
  2. Plug 2 pin
  3. Tenaga : 90 VA
  4. Max nilai tekanan negatif : ≥0.075 Mpa
  5. Kadar pam : ≥18 L/MIN
  6. Jumlah takungan : 1000 ML
  7. Dimensi: 39.1 x 29.3 x 29.3 cm x 6.7 kg

 

Aksesori mesin ini:

  1. Tube lembut (1 batang, 2m panjang, 2mm tebal, 12mm lebar)
  2. Tube penyedut (2 batang, 1 untuk dewasa, 1 untuk kanak kanak, 55cm sebatang)
  3. Fuis (2 biji, 1.5A & 3A)
  4. Penapis (3 keping)
  5. Cup Hansol no.2 dan no.3 (untuk set upgrade sahaja)
  6. Hose penyambung Hansol (untuk set upgrade sahaja)

 

Kelebihan mesin ini:

  1. Ia ringan dan mudah dibawa ke mana saja
  2. Kekuatan sedutan boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit
  3. Senang digunakan dan dibersihkan.
  4. Cup bekam boleh melekat pada kulit kepala walaupun berambut tebal
  5. Perawat tidak penat, tekan saja suis pam akan berfungsi
  6. Boleh menarik minat golongan yang menjaga penampilan rambut
  7. Tahap kekuatan sedutan boleh dilaraskan mengikut keperluan
  8. Plug jenis 2 pin

 

Cara guna mesin:

  1. Sambungkan hujung hose pendek pada lubang sedutan di mesin dan hujung lagi satu sambungkan pada filter.
  2. Sambung hujung hose pendek yang lain pada hujung filter dan tangki (outlet).
  3. Sambungkan hujung hose panjang pada tangki (inlet).
  4. Buka hujung hose Hansol dan sambungkan pada hose panjang dari tangki (inlet)
  5. Masukkan cup pada hujung hose Hansol tersebut.
  6. Letakkan cup yang telah disambung pada kepala.
  7. Selak sedikit rambut jika terlalu tebal dan sapu sedikit minyak bekam pada kulit yang hendak dibekam.
  8. Tekap cup pada kulit tadi rapat-rapat.
  9. ON suis mesin dan putar penyelaras kekuatan sedutan pada tahap maksimum.
  10. Biarkan cup melekat dahulu.
  11. Bila sudah melekat cup, perlahan turunkan kekuatan tahap sedutan pada tahap yang bersesuaian dengan pesakit.
  12. Untuk tahu lebih lanjut boleh search di youtube https://www.youtube.com/watch?v=sFugnOqf7sc&t=1s

 

Weight N/A
Dimensions N/A
Jenis Mesin Bekam Kepala

Standard, Upgrade

Produk telah dimasukkan ke troli. Anda boleh terus membeli atau terus ke pembayaran.
Lihat Troli Bayar Sekarang
Troli 7