UV Sterilizer Mega
UV steriliser adalah mesin nyahkuman yang selamat untuk digunakan. Ia menggunakan cahaya ultra-violet (uv) untuk membunuh kuman-kuman dan ia tidak panas. Malah ia selamat untuk steril peralatan yang lembut dan plastik tanpa merosakkannya.
Ciri-ciri:
- Mesin uv steril yang bersaiz super besar.
- Boleh sumbat 90-100 cup dalam 1 masa.
- Mempunyai 1 switch pusing untuk ON/OFF dan set masa (15, 30 dan 45 minit).
- Mempunyai 1 lampu ultra violet (atas) untuk membunuh bakteria.
- Mempunyai 1 lampu yang tak menyala (bawah) untuk mengekalkan suhu kering dalam uv dan elak bakteria daripada membiak.
- Dapat sekali 4 tray (boleh pasang/cabut) untuk ubah suai ruang di dalam mesin.
- Pintu cermin lutsinar yang besar dan nampak keseluruhan dalam mesin
- Dimensi dalam: 26 x 40 x 58 cm3
- Dimensi luar: 30 x 41 x 62 cm3
- Berat: 5.4 kg
- Warranty: 3 bulan
Kelebihan:
- Pencahayaan uv secara menyeluruh untuk membunuh kuman dan virus
- Boleh memuatkan sehingga 100 cup pelbagai saiz.
- Boleh juga steril barang lain yang besar.
- Tray boleh dipasang dan dicabut mengikut saiz barang yang hendak disteril.
- Sesuai untuk pengusaha spa, pengamal perubatan bekam, klinik dan lain-lain.
- Mendapat pensijilan dari CE.
- Warranty dari kedai 3 bulan
Cara guna:
- Letakkan mesin uv di atas meja atau tempat yang selamat dan stabil sebelum menggunakannya
- Masukkan alat yang ingin disteril ke dalam mesin uv tersebut dan biarkan proses sterile berjalan (dalam 15 ke 30 minit)
- Pastikan semua alat telah dilap dan dikeringkan
- Pasang plug dan ON timer dengan memutar tombol mengikut masa yang dikehendaki.
- Setelah selesai disterilkan (timer dan lampu OFF) keluarkan alat.





