SET BEKAM KACANG 12 CUP
Set bekam asas ini sesuai untuk mereka yang baru hendak belajar berbekam (bekam kering/angin). Harganya yang jimat dan lengkap dengan cup, pam, hose dan buku manual.
Ciri-ciri:
- 12 cup pelbagai saiz, 1 pam dan 1 hose penyambung
- Diperbuat dari material plastik tahan lasak.
- Cup boleh tahan lama jika digunakan dengan cermat (jangan jatuh).
- Cup melekat kuat dan boleh cuci kotoran di dalam lehernya
- Cup lutsinar boleh dapat lihat cecair di dalamnya
- Cup sesuai dengan pam Jinkang dan pam ABC (Hijama)
Kandungan dalam kotak:
- 1 pc pam bekam.
- 12 pcs cup pelbagai saiz
- 1 pc hose penyambung
- 1 set buku manual
Dimensi kotak:
- Panjang = 25.5 cm
- Lebar = 19.5 cm
- Tinggi = 8.5 cm
- Berat = 350 gram
Kelebihan:
- Set bekam ini sesuai untuk yang baru nak belajar bekam atau sesiapa yang cuba bekam angin sendiri di rumah.
- Set bekam ini lengkap dengan cup, pam, buku manual dan hose penyambung.
- Gunakan hose ini untuk bekam pada tempat yang jauh seperti di belakang badan.
- Rujuk buku manual untuk lokasi titik bekam.
- Untuk bekam angin perlu ada minyak bekam. Boleh dapatkan minyak zaitun RB.
Cara guna:
- Urut kawasan yang hendak dibekam beserta minyak. Boleh gunakan guasha dan minyak zaitun RB.
- Tekapkan cup pada kawasan tersebut dan masukkan muncung pam pada leher cup.
- Tarik pam 2-3 kali mengikut kesesuaian. Berhenti tarik jika pam dah ketat.
- Boleh upgrade ke pam bekam ABC/pam Jinkang untuk pegangan pam yang lebih selesa dan tarikan yang lebih kuat.
- Biarkan 10-15 minit cup melekap. Perhatikan jika ada cup yang tidak melekap rapat.
- Cabut cup dengan menarik puting pada leher cup.
- Lap kawasan berminyak dengan tisu atau swab.











