Mosquito Tweezer (Pemegang / Penyepit)
Ciri-ciri:
- Dua jenis iaitu jenis pendek (12 cm) dan jenis panjang (16 cm)
- Diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi
- Besi yang anti karat dan tahan lasak
- Dimensi saiz pendek: 0.021 kg x 12 cm x 6.5 cm x 0.3 cm
- Dimensi saiz panjang: 0.046 kg x 16 cm x 7 cm x 0.5 cm
- Lebar tempat masuk jari saiz pendek: 1.9 cm
- Lebar tempat masuk jari saiz panjang: 2.2 cm
Kelebihan:
- Banyak digunakan di klinik, hospital dan pusat perubatan terutama dalam pembedahan dan pembekaman.
- Ianya boleh disteril dan diperbuat daripada bahan besi anti karat yang berkualiti tinggi.
- Direka bentuk khas untuk mencapai kawasan yang kecil dan cengkaman yang sempurna.
- Sangat ringan dan mudah digunakan.
- Mempunyai LOCK untuk cengkaman yang stabil dan kuat.
- Dalam dunia bekam, alat ini digunakan untuk memegang kapas/gauze dalam rawatan bekam api
Cara guna:
- Sediakan terlebih dahulu cup-cup untuk membuat bekam api.
- Kepitkan kapas atau gauze menggunakan alat ini dan lock alat tersebut.
- Titiskan cecair alcohol ke atas kapas yang telah dikepit
- Nyalakan api dan masukkan kapas yang terbakar ke dalam dasar cup selama beberapa saat sahaja
- Tekapkan cup ke badan dan biarkan proses berbekam selama 10-15 minit.
- Setelah selesai, rendamkan kapas yg terbakar tersebut ke dalam air dan buka semula locknya.










