Pusat Peralatan • Latihan • Rawatan

Sewaan Bilik Seminar

Hubungi Maria 012-333 4741 untuk sewaan/tempahan.

 

Klik link ni untuk direct whatsapp Maria.

 

Kadar sewaan mengikut jam dan hari:

  1. Pakej A: Isnin-Jumaat 7petang-11malam (RM200)
  2. Pakej B: Isnin-Jumaat 8pagi-6petang (RM400)
  3. Pakej C: Sabtu Ahad Cuti Umum 7petang-11malam (RM250)
  4. Pakej D: Sabtu Ahad Cuti Umum 8pagi-6petang (RM500)
  5. Pakej E: Isnin-Jumaat 8pagi-1petang atau 1petang-6petang (RM250)
  6. Pakej F: Sabtu Ahad Cuti Umum 8pagi-1petang atau 1petang-6petang (RM300)

Pakej-pakej penyewaan bilik seminar:

  1. Sekiranya masa melebihi kadar waktu yang ditetapkan  caj sebanyak RM 50 dikenakan untuk setiap jam yang berikutnya.
  2. Sekiranya penyewa mahu sewa dengan jam waktu secara “custom made” contoh sewa dari jam 11pg – 3:00ptg (4 Jam), maka caj sewa adalah RM60 / jam. Syarat waktu mesti sewa sekurang-kurangnya 4 jam dan keatas.
  3. Segala kerosakan yang berlaku pihak penyewa wajib bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada pihak Raja Bekam. Contoh kerosakan 1 biji kerusi bayar gantirugi RM120.

Syarat-syarat sewaan:

  1. Penyewa cuma dibenarkan menggunakan bilik seminar mengikut tempoh yang telah dipersetujui sahaja.
  2. Penyewa dibenarkan menggunakan kelebihan yang ada di pusat latihan ini seperti internet/wifi, projektor, speaker, meja & kerusi, aircond, laptop di meja pengajar, tandas, mesin air sejuk/panas.
  3. Penyewa tidak dibenarkan menggunakan peralatan kursus Raja Bekam seperti alat bekam, akupuntur dan urutan.
  4. Petugas Raja Bekam cuma diperlukan untuk hal-hal yang berkaitan dengan fasiliti bilik seminar, buka & tutup bilik seminar dan memantau jika perlu.
  5. Bilik seminar cuma dapat memuatkan maksimum 50 orang sahaja.

Kelebihan bilik seminar Raja Bekam:

  1. Kemudahan internet/wifi super laju 800 Mbps.
  2. Kemudahan projektor, speaker dan sebuah laptop.
  3. Kemudahan kerusi-kerusi dan meja-meja untuk pengajar dan peserta.
  4. Kemudahan meja kerusi peserta boleh memuatkan 50 orang atau boleh memuatkan hingga 200 orang dalam satu masa tanpa mengambil kira penggunaan kerusi dan meja.
  5. Keluasan bilik seminar adalah 20 kaki x 75 kaki atau bersamaan 1,500 kaki persegi.
  6. Kemudahan tandas 2 bilik, sinki, dan ruang “pantry” dan sejadah.
  7. Kemudahan mesin air minuman / “water dispenser” sejuk/panas/suhu bilik.
  8. Sesuai digunakan untuk pelbagai jenis seminar / latihan, meeting, majlis ilmu, senaman aerobik, aktiviti team building, aktiviti sukaneka skala kecil dan sebagainya.
  9. Berdekatan masjid (hanya berjalan kaki 20 meter) dan restoran di tingkat bawah.
  10. Kemudahan parking yang luas dan banyak (percuma Sabtu Ahad)
Produk telah dimasukkan ke troli. Anda boleh terus membeli atau terus ke pembayaran.
Lihat Troli Bayar Sekarang
Troli 0