PEN AKUPUNTUR STIMULATOR
Akupuntur adalah salah satu rawatan tradisional dimana jarum digunakan untuk ditusuk pada satu titik yang spesifik di bahagian badan. Ia digunakan untuk pelbagai jenis penyakit sebelum ini.
Tetapi yang benar-benar terbukti adalah ia dapat mengurangkan rasa sakit dan juga untuk rawatan pesakit angin ahmar. Malah ia juga digunakan di dalam pembedahan untuk memberi bius setempat ketika pembedahan dilakukan
Secara saintifiknya bagaimana ia boleh membantu pesakit masih lagi tidak diketahui. Ada yang mengatakan ia membantu dalam menyeimbangkan tenaga di dalam badan. Yang lain punya mengatakan ia memberi kesan kepada bahagian saraf badan.
Bagaimana ia berfungsi?
Dalam kaedah rawatan ini, penyakit dipercayai wujud disebabkan berlakunya ketidakseimbangan ‘Yin’ dan ‘Yang’. Pergerakan antara kedua elemen ini akan menghasilkan satu tenaga kehidupan dipanggil sebagai Qi
Qi pula dikatakan mengalir melalui meridian ataupun laluan di dalam badan manusia. Laluan tenaga ini boleh di akses melalui 350 titik akupuntur pada badan. Seseorang yang mengalami sesuatu penyakit dipercayai ia disebabkan laluan meridian yang tersumbat. Maka, untuk menyembuhkannya adalah dengan membuka semula laluan tersebut dengan menggunakan tusukan jarum
Memasukkan jarum pada titik ini dengan kombinasi yang betul dapat membantu untuk menyeimbangkan semula tenaga di dalam badan.Tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan laluan qi ataupun titik akupuntur ini wujud. Akan tetapi kesan daripada rawatan tersebut sahaja dapat dilihat.
Sesetengah pakar saraf menyatakan bahawa titik akupuntur tersebut terletak dibahagian saraf,otot dan juga tisu badan yang boleh dirangsang. Rangsangan tersebut akan meningkatkan pengaliran darah dibahagian tersebut dan dalam masa yang sama badan menghasilkan kompaun semulajadi yang berfungsi sebagai ubat tahan sakit
Pen Elektronik Akupuntur Stimulator
Ciri-ciri:
- Model terbaru di pasaran: LY508B
- Kekuatan frekuensi yang boleh dilaras
- Boleh dicaj semula dengan menggunakan pengecas jenis cable android (diberi)
- Extra pen head jenis leper lebar (sesuai rawatan kecantikan muka)
- Sensatif control (untuk mencari point rawatan)
- Mencari point akupuntur (akupunture detection)
Kelebihan:
- Point yang dikesan berdasarkan (Tradisional Chinese Medicion TCM)
- Disertakan dengan kotak eksklusif
- Jika point dikesan ia akan berbunyi. Semakin tepat semakin kuat bunyinya
- Disamping itu ia boleh digunakan sebagai alat urutan melalui rangsangan elektrik.
- Paparan jenis LCD yang mudah untuk difahami.
Cara penggunaan:
- Pesakit perlu memegang conductive bar yang dipasang pada alat tersebut
- Perawat akan menggerakkan mata pen tersebut pada badan persakit.
- Setelah point meridian dapat dikesan, perawat akan melakukan proses renjatan elektrik dengan mencucuk pesakit menggunakan mata pen tersebut.
Saiz ukuran : 28 cm x 5 cm x 12cm
Berat : 0.55 kg











